Monday, May 10, 2010
Kakak dan CERIAnya..
Do you like this story?
Menonton channel CERIA di astro (611) adalah salah satu daripada 2 obsessi kakak dalam hidupnya (satu lagi hisap susu 2 botol, 1 utk hisap 1 lg untuk cium). Bagi kakak, hari-harinya takkan sempurna kalau tak tengok CERIA. Tak pergi main pun takpe, tak makan pun takpe, janji boleh tengok CERIA. Kalau dah tengok CERIA, adik ajak main pun kakak buat bodoh je. Bagi kakak CERIA adalah segala-galanya. Kalau tak caya, tengok la gambar kat tu, macam-macam posisi kakak tengok CERIA.
Kalau hari papa & mama kerja, kakak akan tengok CERIA bila sesampainya di rumah. Benda pertama kakak buat, buka TV, buka astro, tekan 611. Kalau tak dapat buka 611 (sebab kadang-kadang mama & papa lock channel ni, ingatkan kakak tu budak kecik lagi), jawabnya bergegar lah rumah dengan laungan kakak yang menusuk kalbu dan juga gegendang telinga. Nak tak nak, terpaksalah jugak un-lock 611. Adoi la..
Kalau hari weekend, kakak akan start tengok CERIA apabila dia mula-mula buka mata dari tidur. Nak gosok gigi, nak mandi, nak makan, nak main, apa-apa hal kena tengok CERIA dulu. Begitulah obsesnya kakak dengan CERIA.
Antara cerita-cerita yg kakak suka dalam ceria:
- Hagemaru: cerita kartun pasal budak jepun yg suka kenakan orang. Cerita ni memang ada pengaruh tak baik sebab dia ajak budak-budak jadi kurang ajar.
- Fukuchan: cerita kartun jepun juga tapi OK le sikit dari Hagemaru.
- Geng Bas Sekola: cerita pasal 5 budak sekolah dengan drebar bas sekolah. Dulu cerita ni Ok tapi sekarang dah melalut banyak.
- Hikayat Putera Shazlan: cerita budak dengan buku ajaib.
- Detective Conan: cerita penyiasatan, favourite kakak.
- Ultraman Cosmos: cerita pasal ultraman lawan saksaksa (cara kakak sebut).
Tapi semenjak dua menjak ni papa makin risau pasal kakak dengan ceria, sebab papa ada terbaca kat internet. Dia cakap, kanak-kanak yang kuat menonton tv, bila masuk sekolah mereka akan kurang daya pemerhatian dan akan lemah matematik. Kalau boleh tak nak la benda ni berlaku dekat kakak. Minta jauhkan. Jadi nak elakkan benda ni berlaku, kena cari ikhtiar macam mana nak kurangkan kakak tengok CERIA. Tapi setakat ni belum ada kaedah-kaedah yang mujarab.
Apa-apa pun, kita minta lah dengan Tuhan supaya nanti benda ni takkan berlaku kepada kakak. Minta doa supaya bila besar nanti, kakak akan jadi orang yang bijaksana dan bergeliga.. macam papa. ehem..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 Responses to “Kakak dan CERIAnya..”
Post a Comment